Ahad, Mei 09, 2010

Website / Blog Baru


kepada kengkawan yang dihormati sekelian,

arep nak bgtaw, arep da mulekan website / blog baru. addressnyer kat bawah nie

http://arrwulf.freehostia.com/

tapi nie bukanlah maknenyer arep akan delete account blogger nieh, atau tak log-in facebook dah, arep cume akan lebih banyak post kat website tu sebab nak buat persiapan untuk semester Projek, 2 sem akan datang. nie secara tak langsong akan memudahkan arep membuat proses dokumentasi, serta nanti arep dapatla membiasakan diri serta mempermudahkan Proses, nak siapkan Projek nanti.

Ape2 pon, harap korang dapat menyokong terus usaha arep. ^^,

Isnin, April 12, 2010

Sekotak Pensel Warna, Seribu Cerita Berbeza

Arep ingat lagi, masa arep darjah 2. arep ada satu buku, dan dalam buku tu penuh dengan lukisan arep, Penuh dengan warna warni pensel warna Luna. boleh dikatakan la setiap hari, mesti ada satu benda yang arep lukis, dan penuhkan dengan apa yang arep nampak, ape yang arep buat, ape yang arep impikan...

dan pada suatu hari, parents arep belikan arep satu set magic pen. kalo korang ingat, benda tu macam marker, tapi lebih powerful dan datang dalam pelbagai warna.. arep seronok sangat dan arep kagum melihat warna warna yang lebih pekat dan menarik perhatian. Kotak pensel warna arep tu arep cuma campak kat tepi, tinggalkan dier keseorangan.

 sekadar gambar hiasandan arep pon melukis menggunakan magic pen yang baru tu, dekat dalam buku latihan arep. dan apa yang terjadi? dakwat pen tu tembus dan merosakkan lukisan lukisan arep yang lain. semua harapan, kenangan, dan impian yang arep lukis tu rosak macam tu aje. dan arep pon menangis berlari lari kat mak arep.

Masa tu, mak arep cuma tenangkan arep, dan suruh arep beli buku latihan baru, dan mulakan semula buku lukisan yang baru..

Perkara tu mengajar arep sesuatu. Kadang kala, apa yang kita usahakan selama ni boleh musnah sekelip mata je disebabkan satu perkara kecik. dan bila hasil kerja kita dah rosak, kita tak boleh buat apa apa, Tetapi kita boleh memulakan sesuatu yang baru, dengan dorongan orang yang kita sayang.

hari ni, arep terjumpa balik kotak pensel warna arep masa sekolah rendah dulu. walaupun hanya kotak kecik, dan harganya tak mahal, dengan pensel pensel warna tu ler arep mula melukis.